Assalamualaikum..
Kesian Raihan masa kecil dulu. Dapat rasa susu badan setakat umur 4bulan ++. Semuanya berpunca daripada diri saya sendiri. Manja melampau tidak mau rasa sakit, tambah lagi kurang pengalaman. Walaupun orang di sekeliling menyokong sepenuhnya usaha saya menyusukan anak, tapi akhirnya saya sendiri yang tewas dengan ego dan 'ketubalan' yang tidak boleh dibendung. Macam bodooow pun ada. Sebab tidak rela rasa sakit tu sanggup menidakkan hak anak mendapat susu badan yang penuh khasiat. Masyaallah!
Giliran Raudhah, sejak dia berumur seawal beberapa bulan dalam kandungan, saya sudah berniat untuk menyusukan bayi secara esklusif walau apapun cabarannya.
Macam-macam persediaan. Semua gambar ihsan google sebab malas mau gambar barang yang sudah dibeli. Dasar pemalas macam ni la haha. Selepas ini adalah entri throwback. Kikiki..
1. Pam Susu Manual (brand AVENT). Harga RM300++. Beli di Parkson 1Borneo ja. Malas mau terjah kedai lain sebab kebetulan time ni cari baju baby.
 |
Pam manual |
 |
Dapat semua barang macam dalam gambar ni |
2. Double Ziplock Breastmilk Storage Bag (Brand Autumnz). Beli online di www.onebabyworld.com. Masa beli harga dalam RM10+ sekotak yang di dalamnya ada 25 bags. Saya beli 2 kotak. Ada dijual size 12oz dan 7oz. Saya beli yang 7oz sebab biasanya dalam satu masa baby menyusu dalam kuantiti 7oz saja.
 |
Double ziplock untuk perlindungan tambahan |
3. Stereliser + Food Warmer (Brand Autumnz). Harga RM230 . Beli Online di www.onebabyworld.com. Harap-harap dapat digunakan dengan baik sebab 1st time membeli ni. Masa anak 1st dulu, semua pakai manual. Steril guna air mendidih then panaskan makanan guna periuk hahaha. Sebab utama beli ni ialah supaya mudah panaskan EBM. Insyaallah berbaloi beli.
 |
stereliser tu boleh muat botol susu hingga saiz wide tommytipee tu. |
4. Nursing Butter (Brand PALMER'S). Harga tidak ingat berapa. Beli di farmasi aja. Ini untuk lembutkan nipple dan kurangkan rasa sakit bila baby menyusu. Disapu pada nipple sebelum baby menyusu. Selamat untuk baby.
 |
Ada bermacam lagi produk dari PALMER'S yang sesuai untuk mommy. Boleh google hehe |
5. Nursing Wear (Brand Autumnz). Beli Online di www.onebabyworld.com. Suka beli brand Autumnz sebab harga yang mampu milik di samping barangnya berkualiti. Untuk nursing wear ni, kain yang digunakan semuanya cotton lembut, serap peluh dan tidak panas. Mudah untuk menyusukan baby tanpa menampakkan bahagian-bahagian yang tidak perlu hehe. Kalau rajin cek website www.onebabyworld.com, memang selalu ada potongan harga. Berbaloi-baloi.
 |
RM59.90 |
 |
RM59.90 |
 |
RM59.90 |
 |
RM59.90 |
 |
RM59.90 |
6. Nursing Cover (Brand Autumnz). Harga dalam 39.00. Beli online di
www.onebabyworld.com. Memang suka online shopping di sini sebab good service. Kalau barang yang kita order tu ada masalah sebelum dipos (contoh: warna/ saiz yang dikehendaki habis stok, ada kerosakan pada produk dsb) mereka akan immediate call dan beri suggestion what next. Dan pekerja yang call tu sangat ramah. Suka.
 |
Saya pilih warna khaki ni sebab masa ni mata asyik terpersona dengan warna-warna tanah. Nursing cover ni ada butang yang memudahkan mommy-mommy menyusukan bayi mereka. Jangan risau, baby tidak akan lemas sekalipun seluruh kepalanya ditutup dengan kain ni sebab kainnya lembut dan nipis. |
Selain daripada membeli barang-barang yang membantu kepada penyusuan, sempat juga saya membeli barang-barang sampingan khas untuk baby baru hehe. Seronok sebenarnya shoping barang baby daripada barang sendiri.
7. Multi-portion Food Storage (Brand BEABA). Saya beli warna oren. Beli Online (Lupa nama kedai). Harga RM90 + RM10 (postage). Sekali pi jalan-jalan di Suria Sabah, nampak benda ni jual RM80 jah. Cis. Best benda ni bila simpan makanan (freeze), hanya perlu picit bahagian bawah portion yang ingin digunakan. Senang tidak perlu ganggu portion lain. Makanan tu nanti berangan mau panaskan guna warmer di atas tu. Semangat mak! He he he.
 |
Saya beli warna ni |
 |
Hanya perlu picit portion yang ingin dikeluarkan. |
8. Baby Seat (Brand BUMBO). Beli Online. RM220 (with tray), RM190 (without tray). Saya beli yang ada tray macam dalam gambar. Sebelum beli saya buat survey, asalkan tulang baby sudah kuat untuk duduk (bukan duduk sindri yaa), maka baby boleh sudah duduk bersuka ria dalam ni. Hehehe. Senang guna ni masa bagi baby makan sebab dia tidak boleh lari ke sana ke mari.
 |
Tray tu boleh ditanggalkan sekiranya kita tidak mahu guna. Tray sesuai di pasang ketika baby hendak makan atau main. Mudah letakkan barang atas tu dan biar baby main-main ikut suka dia. Jangan bagi main guli sudahlah. |
9. Stroller (Brand My Dear). Beli di Parkwell KK Plaza. Harga RM400. Tidak banyak pilihan di samping membeli dalam keadaan rush. Di Sabah, harga memang lebih mahal berbanding harga di Semenanjung. Terima sajalah. Lagipun orang Sabah ni kaya-kaya. Wkwkwk..
 |
Saiz agak besar, storage pun agak luas. Ada tempat simpan air di depan dan di atas dekat dengan handle. Sesuai untuk orang yang selalu makan fast food lepas tu minuman tidak habis. |
OK baik..berbalik kepada tajuk di atas tu. Alhamdulillah..kesakitan yang sama dirasai sewaktu Raihan dulu dapat diatasi. Ternyata dulu tu memang mengada-ngada minta puji. Sekejap saja rasa sakit tu...dalam beberapa hari. Sentiasa menyusukan bayi akan menghilangkan rasa sakit itu sendiri.
Keseronokan menyusukan baby sendiri tidak dapat digambarkan perasaannya. Bagai dibuai-buai tidur tu. Heaven.
Alhamdulillah..setakat hari ini...Raudhah hanya menyusu susu ibu. Tiada campur-campur susu lembu. Tapi……. macam ….. si kecil ni tidak mau minum susu badan dari botol. Gulp! Nanti cerita lain kali..
No comments:
Post a Comment