Assalamualaikum…
Alhamdulillah..syukur pada Allah atas setiap rezeki yang dikurniakan kepada setiap hambanya.
Hari ini setelah sekian lama teringin, akhirnya ia berada dalam dakapan. Banyak hari juga berfikir dan membandingkan-bandingkan dengan yang lain tapi hati ini tetap pada ia.
Semalam bawa Hasben pi Technocrats, 1 Borneo beli benda ni..
Sebelum beli Mac jenis ini, memang ada buat juga beberapa perbandingan dengan Mac yang lain. Saya terpesona dengan MacBook Air, ringan dan kecil. Tapi jurujual tu cakap kalau mau guna untuk kerja-kerja editing gambar/ video, bagus lagi beli MacBook Pro. Lagipun MacBook Air ni tidak ada tempat CD, nipis betul. Memang sudah juga plan sebelum ni mau mac guna untuk editing-editing. Jadi beli yang ni.
Lepas beli, ada saturang Technician bawa kami (read: ikut juga hasben and anak-anak dua orang tu) masuk dalam 1 bilik khas. Dia setup Apple ID dan register. Then dorang ajar saya macam mana guna ni benda sebab sebelum ni memang pengguna tegar Ms Windows.
Fuh, kalau tidak biasa sama produk Apple macam saya ni, memang bingung-bingung guna Mac ni. Kebanyakan function bertentangan dengan windows. Ada beberapa screenshot untuk buat perbandingan.
![]() |
Ini interface macbook pro saya. Dock di bawah tu paling siok. Senang mau akses program yang selalu diguna. Ms Windows pun ada juga, cuma yang ni display cantik sikitlah. |
![]() |
Ini Launchpad. Kalau dalam Ms Windows..yang ni dalam all program tu. |
![]() |
Ini interface untuk ms word. Lebih kurang kalau guna Ms Windows. Namanya pun microsoft office for mac. Tempat exit semuanya berada di sebelah atas kiri. Bertentangan dengan Ms Windows. |
![]() |
Tempat untuk shutdown bahagian atas. Kalau Ms Windows ia berada di bawah. |
![]() |
Ini Finder. Lebih kurang My Computer kalau dalam Ms Windows |
Selain daripada beli ini Macbook, ada juga beberapa aksesori tambahan yang saya beli untuk melengkapkan new buddy saya ni. Check this out.
![]() |
Mini DisplayPort to VGA Adapter RM99. Ini gunanya untuk membuat sambungan ke wayar projector tu. Ini sangat penting untuk kerja Cikgu macam saya ni. Haruslah hari-hari buat tayangan lepas ni haha. |
![]() |
Matte Case. Kaler hasben yang pilih. Konon kaler world scout. Ikut jah. RM200+. Kalau cek di lelong.com.my ada juga jual ni benda dengan harga yang agak murah. Kualiti tidak pasti macam mana. Tapi saya rasa ini memang ada yang jual murah walaupun orijinal. Sebab ini bukan produk Apple. Ini syarikat lain buat untuk Apple. Jadi harga bukan di bawah kawalan Apple..giteww.. |
Kalau ada sesiapa yang mau beli produk Apple, tidak perlu pilih kedai mana yang jual paling murah. Sebab kawalan harga untuk barang dorang memang sangat ketat. Sama harga - world wide. Yang berbeza cuma nilai wang sesebuah negara saja. Contoh: Kalau di Malaysia Harga Mac RM3499, di Indonesia harganya IDR12991025 (12 juta rupiah). Kalau beli online pun, harga sama juga.
OK..sekian sahaja cerita saya pada hari ini haha. Lepas ini mau pi bercuti. Sudah book hotel di Karambunai. Assalamualaikum..